Saturday, April 3, 2010

Malam Sinar Maulidurrasul 2010.


Assalamualaikum wbt dan salam satu Malaysia.

Alhamdulillah,Alhamudulillah,Alhamdulillah.

Pada hari Sabtu,3 April 2010 SMK Taman Universiti telah mengadakan sambutan Mauliddurasul bagi memperingati sirah kehidupan junjungan kita,Nabi Muhammad SAW.Tahun ini ada "special" nya..Majlis Maulidurrasul disambut pada waktu malam. ;)

Pelajar-pelajar mula tiba di pekarangan sekolah pada pukul 5 petang.Waktu itu hujan turun renyai-renyai.Namun hujan tidak mematahkan sedikitpun semangat para pelajar kita untuk menyambut kelahiran junjungan kita.Alhamdulillah.

Majlis dimulakan sekitar jam 6 petang dengan ucapan daripada Bonda tersayang,Puan Nilam bt Othman.Kemudian,majlis dimeriahkan dengan persembahan Nasyid daripada kumpulan Soutul Amal disusuli dengan sajak dan penyampaian anugerah tokoh Maulidurrasul.

Selepas itu,kami bersolat Maghrib secara berjemaah sebelum menikmati masakan yang disediakan oleh guru-guru.Alhamdulillah,sedap sungguh masakan tadi! ^^ berkat sebab Cikgu-cikgu rewang masak untuk kami.

Sekitar jam 8.30 malam,kami dikumpulkan di Dataran Ilmu untuk mendengar ceramah daripada ustaz kesayangan pelajar-pelajar,Ustaz Rifqi bin Myddin.Beliau menyampaikan ceramah tentang sirah Rasullulah-kelahiran Baginda,perjalanan dakwah Baginda,perjalanan hijrah Baginda dan kewafatan Baginda.Para pelajar kelihatan khusyuk mendengar ceramah Ustaz.Walaupun hujan semakin lebat,pelajar-pelajar tidak berganjak sedikitpun.Guru-guru pun sanggup berhujan sekali demi mendengar ceramah daripada Ustaz.Alhamdulillah. :)

Pada pukul 10.00 malam,para pelajar dibenarkan pulang.Semoga sambutan Maulidurrasul akan diadakan dengan lebih meriah dan penuh keberkatan pada tahun depan.InsyaAllah.Terima kasih kepada guru-guru,para pelajar dan semua yang terlibat dalam majlis ini.Wassalam.

Sunday, March 28, 2010

MESYUARAT PIBG

assalamualaikum..

Pada 27 mac 2010 telah berlangsung Majlis Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di dewan sekolah SMKTUN.Ibu bapa telah dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut.
Antara program yang dijalankan pada hari tesebut:

8.00 pg - para tetamu yang hadir disambut oleh guru dan beberapa orang pengawas yang telah ditugaskan.
- mesyuarat dijalankan.
- persiapan pelajar-pelajar yang akan membuat persembahan dan kawalan kehormatan.

10.00 pg- VIP tiba di sekolah dan disambut dengan meriah.
- paluan kompang,silat,tarian singa,tarian india,kawalan kehormatan,nasyid,angklung dan sebagainya.
- ucapan pengetua SMKTUN
- ucapan YDP PIBG dr. Abdul Kadir bin Marsono
11.00pg - penyampaian anugerah kepada pelajar cemerlang PMR dan SPM 2009.
- anugerah guru cemerlang.
- anugerah kakitangan cemerlang.
12.00tgh- cabutan bertuah untuk ibu bapa dan guru
hari

1.00ptg - tamat

Friday, March 12, 2010

welcome

-first smktun blog..
-for students and teachers..
-activities in school posted in this blog..
-enjoy the blog..